Sunday, September 14, 2008

KAMPONG KU - KG. DINGKIR







Perjalanan dari bandar Temerloh memakan masa hampir satu jam dengan menaiki kereta. Memang memenatkan kerana jalannya yang menyusuri sungai pahang dan kampong-kampong kecil seperti Kg. Bangau, Kg. Teluk Sentang, Kg. Sanggang Seberang dan Kg. Pulau Pasir Mandi. Yang istimewanya bila anda kesana, ialah tersergam indah Gunung Senyum yang menyimpan seribu satu sejarah dikalangan penduduk-penduduk di sini. Berhampiran pergunungan ini terdapat beberapa buah kampong-kampong tradisional Pahang. Antaranya ialah Kg. Batu Sawar, Kg. Tanjung, Kg. Tampin dan Kg. Dingkir. Seperti yang anda dapat lihat photo-photo di atas adalah diantara sekitar Kg. Dingkir. Kg. Dingkir terletak ditebing sungai Pahang. Aktiviti ternakan ikan sangkar sangat mengalakkan di sungai ini. Antara ikan yang popular ialah ikan Patin.

1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

salam. saya melayari blogger sdr dan membetulkan statment blogger saya mengenai kampung dingkir... tertinggal kampung tampin...

sdr... berasal dari mana ya... dingiir ke?

sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/