Sunday, September 21, 2008

Selamatkan Gunung Warisan Kita





Baru-baru ini kerajaan negeri Pahang bercadang untuk membina kuari batu kapur di Gunung Lebak Puyuh. Andai ini terjadi maka musnahlah khazanah melayu kita. Inikah kerajaan melayu kita, melayu mudah lupa dan sengaja terlupa asal usul nenek moyang mereka. Sanggup memusnahkan warisan buat bekal anak cucu kita. Anda lihatlah sendiri di dalam blog ini, betapa cantiknya alam ciptaanNya.

Menjelajah gua-gua Gunung Senyum



Di sini terdapat 25 buah gua seperti yang tersenarai di gambar sebelah. Di gunung Senyum sahaja terdapat 18 buah gua manakala di Gunung Jebak Puyuh terdapat 7 buah gua. Kesemua gua-gua tersebut mempunyai misteri dan sejarahnya tersendiri. Tidak peliklah ramai pengkaji sejarah datang untuk mencari bahan artifek yang boleh menjadikan bahan untuk sejarah tanahair kita.









Sunday, September 14, 2008

KAMPONG KU - KG. DINGKIR







Perjalanan dari bandar Temerloh memakan masa hampir satu jam dengan menaiki kereta. Memang memenatkan kerana jalannya yang menyusuri sungai pahang dan kampong-kampong kecil seperti Kg. Bangau, Kg. Teluk Sentang, Kg. Sanggang Seberang dan Kg. Pulau Pasir Mandi. Yang istimewanya bila anda kesana, ialah tersergam indah Gunung Senyum yang menyimpan seribu satu sejarah dikalangan penduduk-penduduk di sini. Berhampiran pergunungan ini terdapat beberapa buah kampong-kampong tradisional Pahang. Antaranya ialah Kg. Batu Sawar, Kg. Tanjung, Kg. Tampin dan Kg. Dingkir. Seperti yang anda dapat lihat photo-photo di atas adalah diantara sekitar Kg. Dingkir. Kg. Dingkir terletak ditebing sungai Pahang. Aktiviti ternakan ikan sangkar sangat mengalakkan di sungai ini. Antara ikan yang popular ialah ikan Patin.